Showing posts with label Resepi Nasi. Show all posts
Showing posts with label Resepi Nasi. Show all posts

Tuesday 3 October 2017

Resepi Nasi Kerabu Mudah dan Sedap Menyelerakan

kongsiresepisimple.blogspot.com - Assalamuallaikum and Selamat pagi kawan semua. Kenapa pagi kerana supaya selalu semangat setiap saat walaupon dah petang and pulang keje. Jumpa kembali dengan saya yang nak berkongsi untuk kawan yang berpusing pasal resepi. Saya nak berkongsi resepi nasi kerabu sedap dan menyelerakan. Jom langsung semak sahaja resepi nya bawah ni.

Resepi Nasi Kerabu Mudah dan Sedap Menyelerakan

Resepi Nasi Kerabu

Bahan Nasi


  • Beras
  • Air
  • 4 helai daun limau purut
  • 1/2 sk pewarna biru

Bahan  Sambal tumis


  • 3 biji bawang besar * dikisar
  • 4 ulas bawang putih * dikisar
  • 1 inch halia * dikisar
  • 2 batang serai * dikisar
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 batang serai
  • 1 tin santan
  • 2-3 asam keeping
  • garam
  • gula
  • gula merah/ gula Melaka

Bahan Sambal Kelapa


  • Isi ikan direbus (1 ekor ikan kembung)
  • Kelapa parut goreng tanpa minyak sehingga garing
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • garam
  • gula

Bahan Sambal cili


  • Cili padi
  • garam
  • gula
  • 1 biji air perahan limau nipis

Bahan Lauk nasi kerabu


  • Ayam atau Ikan goreng kunyit
  • Daging bakar dihiris nipis
  • Telur masin direbus
  • Sayuran kesukaan (kubis, carrot, taugeh, salad)
  • Solok Lada

Cara-cara untuk Memasak:

Nasi


  1. Masak nasi ikut sukatan macam biasa terpulang kepada kuantiti berapa pot nak masak.
  2. Masukkan daun limau purut dan pewarna biru.

Sambal tumis


  1. Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar bersama serai sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing. Masukkan asam keping dan biarkan sekejap.
  3. Masukkan garam, gula dan gula merah dan biarkan sebati.
  4. Masukkan santan dan kacau sehingga santan dan sambal mesra.
  5. Kacau sambal perlahan-lahan dan masak sehingga sedikit pekat.

Sambal kelapa


  1. Kisar isi ikan yang siap direbus bersama bawang dan serai.
  2. Bahan kisar tadi dicampurkan di atas kelapa goreng dan digaul rata.
  3. Masukkan garam dan gula dan digaul rata.

Sambal cili


  1. Kisar/tumbuk cili padi.
  2. Campurkan gula, garam dan perahan limau dan dikacau sebati.

Cara-cara Penyajian 


  1. Hidangkan nasi kerabu bersama sambal tumis, sambal kelapa, sambal cili dan lauk pauk seperti telur masin, solok lada, ayam goreng kunyit, daging bakar dan sayuran. Nasi Kerabu sedap dimakan dengan mengaulkan kesemua sambal dan lauk.

Hurm sedap terbaik resepi ni. Resepi ni biasa dihidangkan saat jamuan dalam majlis-majlis kemasyarakatan. Oke sekian kongsi resepi nasi kerabu yang sedap ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencuba :D
Read More