Showing posts with label Resepi Kari Kepala Ikan Sedap. Resepi Masakan Lain. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kari Kepala Ikan Sedap. Resepi Masakan Lain. Show all posts

Saturday 9 December 2017

Resepi Kari Kepala Ikan Sedap Best dan Mudah

kongsiresepisimple.blogspot.com - Assalamuallaikum and salam sejahtera bonda cantik lagi manis. Bonda nak kemana sahaja hari ni? Semoga apa apa sahaja yang bonda perbuat berjaya selalu and peroleh berkah. Kali ni saya nak izin berkongsi resepi kari kepala ikan sedap and mudah. Bonda kat sini suka resepi ni or ada tak keluarga yang suka sangat dengan resepi ni? Kalau ada buat la untuk dia. Resepi kari kepala ikan sedap ialah resepi yang banyak digemari korang kerana rasa nya yang sedap and lazat. Kalau bonda nak try resepi ni sila semak and sedia bahan bahan resepi bawah ni yer. Lepas tu semak cara cara membuat resepi kari kepala ikan sedap and mudah ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Kari Kepala Ikan Sedap Best dan Mudah
Resepi Kari Kepala Ikan Sedap Best dan Mudah

Bahan bahan Kari Kepala Ikan Sedap    

  • Kepala ikan Jenahak/Merah dibersihkan dan di belah dua
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia
  • 3 camca besar rempah kari ikan
Bahan bahan tumis
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari
Bahan bahan lain
  • Air asam jawa
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • Bendi
  • Terung panjang atau terung bulat
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus
  • 1/2 kiub ikan bilis
Resepi Lain : Resepi Kari Udang Galah Sedap Best

Cara cara Membuat Kari Kepala Ikan Sedap
  1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air asam jawa (kurang lebih 700ml, atau ikut suka),masukan bendil dan terung dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Bila mendidih, masukkan 1/2 kiub ikan bilis, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua dan siap.
source : iniblogcikinadodocheng

Mudah sangat yer resepi kari kepala ikan sedap ni. So bonda try at home yer. Oke sekian kongsi resepi kari kepala ikan sedap ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube bonda cantik :D

Resepi lain : Resepi Kari Sotong Tanpa Santan Sedap Sangat Menyelerakan
Read More